Neutering adalah prosedur pembedahan untuk membuang organ pembiakan bagi haiwan peliharaan anda. Prosedur ini biasanya disyorkan untuk anak anjing dan anak kucing sebelum mereka mencapai umur kematangan seksual (pada usia sekitar 5 bulan).
Neutering haiwan kesayangan anda menghalang ia daripada membiak. Ia juga mempunyai manfaat kesihatan dan sangat penting untuk kucing anda.
Biasanya proses neutering melibatkan penggunaan anestesia.
Kebaikan Neutering
Neutering mempunyai faedah untuk anda dan kucing anda; kucing anda kemungkinan besar akan mengalami masalah kesihatan yang serius yang boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan yang mahal, seperti masalah rahim, payudara (susuan), atau barah testis. Proses neutering menghalang masalah ini daripada berlaku.
Kucing yang sudah di ‘neutered’ juga kurang cenderung untuk keluar berkeliaran. Ini mengurangkan risiko kecederaan trauma, seperti dilanggar oleh kereta.
Kucing jantan yang melalui proses neutering mengurangkan perangai mereka yang gemar menandakan ‘wilayahnya’ di rumah anda dengan menyemburkan air kencing.
Mahalkah Prosedur Neutering?
Sekali-sekala melabur untuk kesayangan anda! Prosedur ini agak murah dibandingkan perbelanjaan menguruskan ibu kucing hamil dan menyusu, membesarkan anak kucing baru (termasuk vaksinasi dan ubat cacing yang diperlukan), dan memberi makan anak kucing sehingga mereka cukup tua untuk ditempatkan di rumah baru.
Jadi jangan ragu-ragu untuk mandulkan kucing anda. Kos untuk memandulkan kucing jantan adalah RM100 – RM180 manakala kucing betina pula RM110 – RM 210.
Comments
0 comments