Sedikit info tentang penyakit sporo.
Percaya atau tidak, 99% kucing yang terkena sporo adalah kucing yang TIDAK DIMANDULKAN. Dan dalam 99% tu kebanyakannya adalah kucing JANTAN.
Kenapa kucing jantan selalu kena sporo ? Tak lain dan tak bukan sebab tuan dia tak mandulkan. Kucing jantan yang tak dimandulkan memang akan jadi kaki gaduh sampai la dapat sporo melalui gigitan/cakaran kucing lain yang mmg dah ada sporo.
Fungus sporo ni berasal dari TANAH. Kucing yang dimandulkan tak akan kena sporo ke? Mesti la boleh kena. Tapi kucing yang dah dimandulkan, TERUTAMANYA KALAU DIMANDULKAN SEAWAL UMUR 4-6bulan, dia takkan jadi kaki gaduh & takkan berjalan jauh-jauh pun.
Fahamkan di sini bahawa peratusan kucing yang dah dimandulkan untuk dapat sporo adalah amat rendah kalau nak dibandingkan dgn kucing yang tak dimandulkan? Orang suruh mandulkan awal-awal degil, bila dah dapat penyakit ko buang.
Comments
0 comments