Terdapat banyak tanggapan dan persepsi yang salah mengatakan bahawa kucing perlu berkeliaran di luar untuk membuatnya gembira, tetapi mungkin tidak bagi kucing zaman moden ini. Terdapat banyak permainan indoor untuk si Kitty anda boleh didapati. Oleh itu, aktiviti diluar nampak seolah-olah kurang… menyeronokkan. Sama ada permainan mengunyah, merentasi permainan memanjat indoor atau menonton video buatan-untuk-kucing, banyak aktiviti boleh dilakukan bersama si comel anda di rumah! Bonus untuk anda, kucing rumah mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana mereka kurang terdedah kepada bahaya kereta, pemangsa dan beberapa penyakit daripada kucing liar.
Mari kita lihat beberapa rahsia terbaik untuk melayan kucing rumah anda agar mereka gembira berada di rumah!
1. Beri Ruang Kepada Kucing Anda
Semua hidupan memerlukan tempat dan ruang untuk diri mereka sendiri. Cipta satu kawasan yang selesa untuk si Manja anda berehat di rumah terutamanya yang mampu memberikan privasi kepada kucing anda. Pastikan ia terletak di tempat yang mana orang lain tidak boleh menganggunya. Jika si comel anda mempunyai ruang sendiri, ini akan membantu dia berasa selamat.
Contoh ruang rehat privasi untuk kucing:
2. Tambah Mainan
Kucing memerlukan banyak mainan untuk bermain! Setiap kucing rumah perlukan mainan yang boleh meningkat deria seperti mainan yang boleh dikejar. Tetapi mainan terbaik untuk kucing anda adalah mainan yang menyeronokkan seperti mainan interaktif!
Contoh permainan untuk kucing:
3. Biarkan Kucing Mencakar
Jika anda seorang pemilik kucing, kemungkinan anda mempunyai kesan cakar kucing anda di perabot rumah. Kucing cenderung untuk suka mencakar; ia adalah satu sikap semula jadi kucing. Bantu kucing anda daripada merosakkan kerusi sofa anda dengan menyediakan permukaan untuk mencakar di rumah
Contoh permainan untuk kucing mencakar
4. Ajar Kucing Anda Berburu
Walaupun anda fikir makanan siap disediakan kepada anda mungkin kedengaran menarik, namun kucing anda kemungkinannya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kucing sebenarnya pemangsa semula jadi, jadi bantu Kitty anda dengan memberikan dia mainan berbulu dan mainan yang bergerak laju.
Contoh mainan yang sesuai:
5. Mainan Dakian
Pertimbangkan bagaimana kucing anda hidup di alam liar apabila membeli mainan dalaman untuk kucing anda. Kucing liar selalunya memanjat pokok, meniti di atas pagar atau duduk di tempat yang tinggi supaya mereka boleh memerhati kawasan mereka. Anda boleh meniru persekitaran ini dengan hanya memindahkan perabot di dalam rumah atau dengan melabur sedikit wang anda membeli perches tingkap, pokok memanjat dan mainan dakian.
6. Sediakan Bilik Dengan Tingkap Pemandangan Di Luar.
Pastikan anda membuka langsir di rumah anda supaya kucing anda boleh memerhati pemandangan luar, ini boleh merangsang visual kucing anda. Jika rumah anda tidak mempunyai tetingkap yang sesuai untuk aktiviti ini, anda boleh mencuba TV. Terdapat beberapa DVD yang sesuai untuk kucing anda
7. Luangkan Masa yang Berkualiti Bersama.
Yang paling penting, pastikan untuk bersama si Kitty anda pada waktu lapang. Sama ada bermain bersama atau hanya melepak, kucing anda akan gembira andai dia menghabiskan masa dengan anda.
Comments
0 comments