HomePenjagaan7 Cara Menarik Untuk Buat Rumah Sentiasa Bersih Khas Buat Pemilik Kucing

7 Cara Menarik Untuk Buat Rumah Sentiasa Bersih Khas Buat Pemilik Kucing

Kajian menunjukkan memelihara kucing boleh memanjangkan umur dengan mengurangkan tekanan, menguatkan imunisasi badan dan mengurangkan risiko strok.

Namun begitu, sebagai pemilik kucing kita hendaklah memastikan rumah kita dalam keadaan bersih untuk memastikan kita sentiasa sihat dan selesa. Apabila melihat bulu-bulu berterbangan di rumah, ia kelihatan hampir mustahil untuk membersihkan rumah, namun disini kami senaraikan bagaimana anda boleh amalkan teknik membersih ini dengan cepat dan mudah.

Sumber: consciouscat.net | dailymom.com

1. Guna sarung tangan getah

Guna sarung tangan getah untuk mengumpul bulu-bulu yang melekat pada sofa, terutamanya jika vacuum tidak dapat digunakan pada kawasan-kawasan ini. Teknik dilihat paling berkesan kerana getah mampu menhasilkan cas statik untuk menangkap bulu. Sarung tangan juga senang dibersihkan.

2. Gunakan serbuk penaik (baking soda)

Serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran dan menghilangkan bau yang kuat. Jadi sebelum anda berbelanja dengan bahan pencuci, cubalah dengan mengunakan serbuk penaik terlebih dahulu.

Anda cuma perlu taburkan di kawasan yang berbau dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bersihkan serbuk penaik tersebut.

Namun, harus diingatkan, kucing toksik kepada serbuk penaik. Elakkan mereka dari termakan serbuk penaik dan asingkan mereka di bilik berasingan sehingga anda membersihkan serbuk penaik tersebut dengan vacuum.

3. Gunakan vacuum

Vacuum sekali dalam 3-5 hari dengan menggunakan vacuum yang berkualiti. Kami sarankan anda menggunakan robot vacuum automatik. Ini kerana andaboleh menetapkan masa untuk vacuum ini bergerak sendiri setiap hari. Vacuum seperti ini boleh didapati di Lazada dengan harga sekitar RM250-RM3000. Jadi, anda cuma perlu membuang habuknya setiap hari sahaja.

4) Sikat kucing anda

Aktiviti menyikat kucing anda bukan sahaja membantu mengurangkan bulu gugur di sofa dan lantai, malah dapat mengelakkan bulu bergumpal pada badan mereka. Kucing anda juga pasti suka bulu mereka disikat. Cubalah!

5) Tukar karpet

Tukar karpet kepada yang jenis mudah dicuci dan vacuum. Karpet yang berbulu panjang mudah memerangkap habuk dan juga bulu kucing.

6. Alas kawasan tempat makan dan minum

Alas tempat makan dan minum mereka dengan tuala atau alas kaki bagi memudahkan anda mencuci.

7) Tandas kucing yang bertutup

 

Gunakan bekas buangan pasir kucing yang bertutup untuk mengelakkan bau. Malah, anda dapat elakkan pasir dari bertaburan sekeliling rumah. Selamat mencuba!

Comments

0 comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

>