Kucing anda sering dijangkiti kutu?
Nak tahu cara mudah hilangkan kutu pada kucing?
Sebagai tuan kucing, kita pasti rasa tertekan pasal perkara ini.
Berikut dikongsikan 4 Cara Mudah Hilangkan Kutu Kucing.
1. Sikat Kutu
Bahan-bahan:
– Sikat kutu kucing yang bagus
– 2-3 biji lemon
– 3 cawan air
– Botol spray
– Periuk
Cara-cara:
Tuangkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan bersama 3 biji lemon yang dihiris-hiris. Didihkan ia dan alihkan dari api dan biarkan lemon terendam selama 3 jam. Selepas itu, tapiskan lebihan-lebihan lemon dan masukkan air rendaman tadi ke botol spray. Kemudian bolehlah anda spray ke bulu kucing sambil menyikat bulu dengan menggunakan sikat kutu. Atau dengan cara lain, anda boleh rendamkan sikat kutu dalam air lemon tadi sebelum menyikat bulu kucing. Lakukan proses ini 2 kali sehari. Anda juga boleh spraykan ke bedding kucing. Bau lemon yang kuat sangat tidak disukai kutu dan ini dapat mengurangkan kehadiran kutu.
2. Cuka Epal
Anda boleh spray cuka epal atau mandikan kucing anda dengan cuka epal.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Botol Spray
– Beberapa cawan cuka epal
– Syampu kucing yang biasa
Cara-cara:
Masukkan cuka epal ke botol spray dan spray ke bulu kucing. ATAU anda boleh campurkan cuka epal bersama syampu kucing dan mandikan kucing anda menggunakan campuran syampu tersebut. Jika anda spray cuka epal terus ke kucing anda, biarkan ia 5 minit sebelum mandikannya dan sikat menggunakan sikat kutu.
3. Air Garam
Anda boleh gunakan air bergaram dan spray di sekitar rumah anda atau kawasan kucing anda. Hal ini mungkin akan menyebabkan lantai ada melekit jadi untuk beberapa lama anda bolehlah mop semula lantai anda dengan air biasa.
4. Syampu Kutu
Mandikan kucing anda menggunakan syampu kutu dan sikat kucing anda menggunakan sikat kutu selepas anda mengeringkan bulu kucing. Ini kerana kebanyakan syampu kutu hanya memengsankan kutu dan tidak membunuh kutu jadi anda perlu membuang kutu tersebut menggunakan sikat kutu.
Comments
0 comments